Bahagian Agama & Kaunseling [BAKA PDRM]

Personaliti karakter Rahsia Tarikh Lahir bulan isLam Hijriah

mirisarawak.com


Berikut adalah rangkuman tafsiran sifat dan keperibadian individu yang dilakukan para ilmuan berdasarkan bulan-bulan Islam. Ia dijalankan mengikut penelitian dan kajian secara terperinci malah asal usul setiap nama bulan turut dihuraikan. Sebagai insan yang beragama Islam, kita harus berpegang kepada salah satu rukun Iman yakni percaya dan yakin kepada qada’ dan qadar.

 Menurut Tasawwur Islam, nasib seseorang itu boleh diubah dan nasib tidak bergantung pada bulan mana mereka dilahirkan. Hal ini dapat dibuktikan dalam Al-Quran menerusi Surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” Setiap bulan yang diturunkan mempunyai kisah tersirat, keistimewaan dan kelebihannya tersendiri.

 Namun sebagai hamba-Nya yang inginkan kecemerlangan di dunia dan di akhirat, pasti kita tidak akan memilih bulan-bulan tertentu semata-mata untuk beribadat kerana bukan ganjaran yang harus dikejarkan melainkan keikhlasan dan niat hanya kepada Allah SWT.

 Sebaik-baiknya adalah istiqamah dan berusaha melakukan segala suruhan serta meninggalkan larangan-Nya. Sejajar dengan permulaan Awal Muharam, supaya amal ibadat kita diberkati dan mendapat keredaan daripada Allah SWT sebagai bekalan menghadap-Nya suatu hari nanti.


MUHARAM

Bulan ini mengambil perkataan “haram” yang bermaksud terlarang. Ia rentetan tradisi masyarakat Arab yang mengharamkan peperangan pada bulan ini. Mereka yang dilahirkan dalam bulan ini mempunyai ciri-ciri seperti bersifat pendiam dan sihat fikirannya iaitu sentiasa memikirkan sesuatu yang berfaedah dan solusi dinamik dalam menangani sesuatu masalah.

Namun jika pemikiran anda tidak diasah dan dididik dengan cara yang betul, dikhuatiri akan mengalami masalah lemah akal fikiran. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik dan betul pada caranya, anda boleh menjadi insan yang cerdik kerana mempunyai bakat dan fikiran yang pintar lagi cerdas.

Anda juga digambarkan mempunyai keinginan yang baik dan tinggi dalam melakukan sesuatu perkara malah berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakannya sebaik mungkin.


SAFAR

Safar diambil daripada perkataan “shifr” yang bermaksud ‘sifar’ atau ‘kosong’. Menurut sejarah, rumah masyarakat Arab Badwi menjadi kosong kerana ketika itu mereka keluar dari kawasan perkampungan untuk berperang dan mencari makanan sebagai persediaan menghadapi musim panas.

 Berdasarkan kajian ilmuan Islam, mereka yang lahir dalam bulan kedua kalendar Hijrah ini mempunyai tabiat yang tidak baik yakni tidak suka mengakui kesalahan sendiri. Jika anda mempunyai pasangan, sahabat atau anak yang lahir dalam bulan ini hendaklah sabar dan cekal melayani kerenah mereka.

 Malah bagi ibu bapa khususnya, perlu mendidik anak mereka dengan baik ataupun boleh cuba aplikasi teknik atau pendekatan tertentu dalam mendidik anak bagi menghilangkan tabiat buruk itu. Jika tidak, dikhuatiri kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.


RABIULAWAL

Rabiulawal bermaksud bulan pertama musim bunga. Lazimnya ketika ini pokok mula menghijau dan tumbuhan mengeluarkan bunga. Tafsiran karakter mereka yang lahir di dalam bulan Rabiulawal, mempunyai perwatakan yang baik. Sifatnya mudah mesra dan senang untuk didekati membuatkan orang sekeliling menyenangi kehadiran mereka.

 Berdasarkan penelitian, mereka juga mungkin akan memperoleh ganjaran besar daripada segi pangkat dan kedudukan dalam masyarakat malah menjadi orang yang berpengaruh. Rezeki juga hadir tanpa diduga daripada setiap sudut. Daripada perspektif kerjaya pula, ramai yang menyukai anda.

 Tidak terkecuali daripada mempunyai sifat negatif, anda mempunyai sifat yang kurang sabar, keras hati dan mudah marah. Banyakkan beristighfar dan muhasabah diri untuk perbaiki kelemahan diri agar tidak menjejaskan kreadibiliti anda.



RABIULAKHIR

Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam kalendar Hijrah. Rabiulakhir bermaksud bulan kedua musim bunga iaitu pada waktu ini pokok dan tumbuh-tumbuhan telah sampai ke kemuncak mengeluarkan bunga. Bagi anda yang lahir dalam bulan ini, kelemahannya adalah mempunyai sifat dan ciri-ciri seperti berikut.

 Perwatakannya kurang baik manakala hatinya mudah berubah. Pendiriannya tidak tetap dan sifatnya berbolak-balik selain mudah dipengaruhi oleh individu lain. Daripada segi pemikiran pula, kemahuannya lemah untuk menganalisa dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

Selain daripada itu, perwatakannya yang kasar membuatkan mereka yang lahir dalam bulan ini kurang sabar. Luangkan masa dengan mendalami ilmu agama juga muhasabah diri agar anda memperoleh ketenangan dan dapat mengikis sifat kurang sabar.



JAMADILAWAL

Jamadiawal ataupun Jamada al-Awwal adalah bulan kelima dalam kalender Hijrah. “Jamada” bermaksud kering kerana menurut sejarah, bulan ini adalah musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

 Berdasarkan penelitian, mereka yang lahir dalam bulan ini digambarkan memiliki kriteria seperti tinggi keyakinan yang tinggi dalam apa jua yang dilakukannya. Sanggup menempuh risiko dalam masa sama mereka tidak gentar sama ada untuk melakukan sesuatu yang di luar kawalan atau bahaya. Keberanian dan tekad ini akan menunjukkan hasil usaha walaupun ada kalanya menemui kegagalan.



JAMADILAKHIR

Jamadilakhir ataupun Jamada al-Akhir adalah bulan keenam dalam tahun Hijrah dan menandakan musim kemarau dan berakhir. Menurut sejarah, bulan ini juga lebih sejuk daripada bulan sebelumnya. Menyingkap personaliti individu yang lahir dalam bulan ini, mereka mempunyai perwatakan yang berani juga menghormati orang lain.

 Sisi positif lain termasuk memiliki pelbagai cabang kepandaian yang berupaya membantu orang sekeliling. Mudah mengakui kelemahan dan kesalahan namun apabila mengetahui duduk benar sesuatu perkara, pendirian mereka kukuh dan tidak mahu mengalah.

 Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir di dalam bulan ini dinasihatkan agar mendidik dengan cara yang baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu. Jika betul didikannya, ketika dewasa anak kecil ini akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.



REJAB

Rejab adalah bulan ketujuh dalam tahun Hijrah bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Bulan ini juga adalah salah satu bulan yang dihormati dan menurut sejarah Islam pintu Ka’bah juga dibuka pada bulan ini. Malah bagai masyarakat Arab, mereka turut memuliakan bulan Rejab dengan menyembelih anak unta pertama daripada induknya.

 Mereka yang lahir dalam bulan ini semasa kecilnya mempunyai sikap yang degil dan nakal. Namun demikian berbekalkan asuhan dan didikan yang baik oleh ibu bapa, ketika dewasa sikapnya jauh lebih baik seperti sering merendah diri dan matang dalam segala hal. Bijak menganalisis selain tegas dalam menentukan sesuatu adalah salah satu daripada ciri-ciri positif yang ada pada diri mereka.



SYAABAN

Syaaban berasal daripada perkataan “sya’bun” bermaksud kelompok atau golongan manakala “syu’ba” bererti berpecah, menyimpan dan berselerak. Menurut sejarah, masyarakat Arab keluar dan berpecah secara berkelompok selepas terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab yang kering. Daripada perspektif keperibadian, mereka yang lahir bulan ini memiliki perwatakan yang baik dan rezekinya juga tidak putus-putus.

Memiliki perilaku yang baik dan berbudi bahasa membuatkan semua orang di sekelilingnya menyenangi kehadirannya malah menyanyangi insan mulia ini. Berbekalkan perilaku dan akhlak yang baik, mereka juga berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi selain mudah mendapat rezeki.



RAMADAN

Diperoleh daripada perkataan “ramda” bererti batu panas. Ia juga bermaksud terik atau terbakar kerana ini menceritakan keadaan panas ketika nama tersebut diberikan. Menurut sejarah, kebiasaannya pada bulan ini cuaca sangat terik di Semenanjung Arab ketika itu.

 Selepas kemunculan Nabi Muhammad S.A.W bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam. Membongkar kriteria individu yang lahir dalam bulan ini, mereka disifatkan mempunyai keperibadian yang tinggi, baik akhlaknya, pendiam dan suka merendah diri.

 Walaupun dikurniakan kelebihan, mereka tidak gemar menunjukkan kebolehan yang ada. Selain itu, sisi positif yang ada pada mereka termasuk tidak sombong kepada rakan yang dikenalinya malah tidak suka menonjolkan dirinya.



 SYAWAL

Dalam Bahasa Arab, perkataan Syawal berasal daripada kata “syalat” bererti mengangkat dan daripada kata kerja “Tasyawwala’ bermaksud sedikit atau berkurangan. Selepas kedatangan Islam, Syawal adalah bulan untuk meneruskan amal kebajikan selepas melewati pelbagai ujian yang menduga kesabaran pada bulan Ramadan.

 Menyingkap ciri-ciri mereka yang lahir dalam bulan ini, mereka memiliki perwatakan yang keras. Didikan dengan pendekatan yang betul daripada ibu bapa perlu sejak anak mereka kecil bagi menangani kelemahan ini.

 Jika tidak, bimbang kelak masa hadapan mereka sukar kerana sifat keras hati yang ada membuatkan individu yang lahir dalam bulan ini sering bertelingkah terutamanya dalam soal mencari rezeki.




ZULKAEDAH

Zulkaedah adalah bulan ke-11 dalam kalendar Hijrah. Perkataannya diambil daripada kata ‘Qa‘ada’ atau ‘al-qa’du’ yang bermaksud duduk. Menurut sejarah Islam, Zulkaedah adalah ulan suci ketiga yang diharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan sebagai persediaan menunaikan Haji.

 Perwatakan mereka yang lahir dalam bulan ini, disifatkan sebagai pendiam. Mereka juga banyak berfikir dan kesannya, suatu hari nanti mereka akan mendapat hasil yang memanfaatkan kehidupan. Sifat mereka yang banyak berfikir mempengaruhi tingkah laku yang kadangkala mengelirukan. Mereka disarankan agar bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapatkan hasil yang diingini.




ZULHIJAH

Zulhijah adalah bulan ke-12 dan terakhir dalam kalender Hijarh. Disebut Zulhijah (Az Zu al-Hijjah) bermaksud yang empunya haji. Perkataan ini diambil daripada perkataan haji sebagai rujukan nama bagi bulan haji yakni waktu masyarakat Arab sibuk mengerjakan ibadah haji ke Baitullah.

 Berbicara mengenai sifat individu yang lahir dalam bulan ini, mereka sukar mengawal perasaan yang kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana mereka tidak dapat memberikan garis pemisah, sukar bagi mereka untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sama ada mendatangkan kebaikan atau keburukan. Mereka juga sering menyesal kerana sifat cuai dan tidak berhati-hati selain kurang pertimbangan.

Doa Latihan Tembak Lapang Sasar Perang

mirisarawak.com


Ya Allah..

Segala pujian dan kesyukuran kami panjatkan kepada mu, atas segala limpahan nikmat dan rahmat..
serta kesihatan yang engkau kurniakan kepada kami.. dapatlah kami berhimpun mengikuti latihan tembak yang akan kami adakan sebentar lagi..

Ya Allah..

Kami memohon Taufiq dan Hidayah dari mu, agar kami semua ditempatkan dalam golongan orang yang Soleh, berakhlak mulia, dikurniakan usia yang panjang, dikurniakan rezki yang berkat, serta dikurniakan anak anak yang Soleh dan Solehah.. serta hidup yang aman bahagia..

Ya Allah..

Kurniakanlah kepada kami kemahiran dalam ketepatan menembak.. Tepatkan target dan tenangan senjata kami.. Kurnikanlah kami daya tumpuan dan fokus yang tinggi, dalam mencapai ketepatan tembakan yang jitu..

Ya Allah..

Jauhilah kami dari sebarang perkara yang tidak diingini, mara bahaya, dan segala bala bencana serta ancaman..  samada dari musuh yang terselindung dan tersembunyi.. mahupun musuh yang jelas nyata.. Jaga lah keselamatan kami selama kami menjalani latihan tembak di lapang sasar ini..

Ya Allah..

Tingatkanlah prestasi kerja kami secara keseluruhannya.. Hindarilah kami dari sikap tidak bersungguh2, ingkar arahan, dan tidak berdisiplin sepanjang  penugasan yang dilaksanakan..
Jadikanlah kami, anggota Polis yang komited terhadap setiap tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan, dan tetapkanlah hati kami dalam keadaaan Iman yang mantap..

Disediakan oleh : bakabatalion12.blogspot.com

Note : Doa ni dah lama buat sebenarnya.. beberapa tahun lepas.. cuma hari ni baru tergerak hati nak update dalam ni.. huhuu..

Doa Tetamu Kesejahteraan Tuan Rumah

mirisarawak.com

Ya Allah..

Panjangkanlah umur tuan rumah ini dan seisi keluarganya.. murahkanlah rezekinya.. jauhkanlah tuan rumah ini dan seisi keluarganya dari segala kejahatan.. persengketaan.. kebuluran.. kemiskinan.. dan kemelaratan..

Ya Allah...

Permudahkanlah segala urusan tuan rumah ini.. dan seisi keluarganya.. baik di dunia.. mahupun di akhirat kelak.. Insha Allah.. Amiin Ya Robbal Alamiin..

Doa Sebelum Operasi Dalam dan Luar Negara

mirisarawak.com


Ya Allah, Engkaulah teman di dalam perjalanan kami, Engkaulah
penjaga keselamatan keluarga, anak-anak serta harta benda yang
ditinggalkan. Peliharalah kami dari segala mara bahaya, penyakit dan
perasaan duka.

Kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran kepada-Mu, atas
segala limpahan nikmat dan rahmat, serta diberikan keizinan dihari yang
berbahagia ini, dapatlah kami berhimpun Di Majlis

Send Off  bagi Pegawai / PRP Batalion 12 PGA Miri..
Penugasan Ops Taring ESSZONE Sabah pada kali ini..

Dengan penuh keberkatan dan keizinan-Mu Ya Allah, berkatilah
perjalanan mereka sekalian. Limpahkanlah rahmat kesejahteraan ke
atas mereka sepanjang perjalanan hinggalah sampai ke destinasi
yang dituju. Berikanlah keselamatan dan kesihatan ke atas mereka
serta di jauhkan dari segala kesulitan mahu pun kesusahan walau di
mana mereka berada. Bekalkanlah mereka dengan rahmat
kebijaksanaan semoga mereka dapat melaksanakan tugas dengan
penuh cemerlang untuk agama, bangsa dan negara tercinta ini.